Thursday, September 25, 2008
Model Proton Perdana Baru
Artikel ini mengisahkan tentang model yang akan mengambil alih model proton yang sedia ada dipasaran , iaitu Proton Perdana . Proton baru ini akan berdasarkan model Mitsubishi 380 untuk pasaran Australia . Model terbaru ini akan mengambil alih model Perdana ( model asal Mitsubishi Eterna ) yang sedia ada di pasaran Malaysia . Walaubagaimana pun merujuk kepada pasaran harga minyak sekarang yang terus menaik dan demi untuk merancak pemasaran model baru ini di Malaysia , pihak pengeluar bercadang untuk memadankan model ini dengan enjin yang berkuasa lebih rendah . Ini berlainan jika dibandingkan dengan model asalnya yang dipadankan dengan enjin V6 berisipadu 3.8 liter . Perdana yang ada sekarang menggunakan engin “6a12 v6” keluaran Mitsubishi yang mana mampu meghasilkan 150 hp ( 150 horse power ) mampu menampung berat maksimum hanya 1300kg .
Tetapi dengan kemampuan engin yang sedia ada , ianya tidak mampu untuk menampung berat model perdana baru yang sebereat 1600 kg . Dijangkakan 2.2 atau 2.4 liter akan dipasang untuk meghasilkan sekurang-kurangnya 160 hp ( 160 horse power ) . Tetapi bagi peminat-peminat proton , perkembangan ini tidaklah begitu menggembirakan . Ini kerana , proton hanya “rebadging” sahaja tidak seperti kejayan-kejayaan yang sebelumya . Sebagai contoh , Gen-2 , Satria Neo , Persona dan New Saga . Saya juga berharap agar model proton baru ni dapat mencapai prestasi yang setaraf dengan Mitsubishi Lancer Evo dan Honda Civic , (o__O)V . Sekian , Wassalam .
Monday, September 15, 2008
Keputusan JPA Kursus Mechanical dan Automotive Engineering
Subscribe to:
Posts (Atom)