Wednesday, October 1, 2008

Kenderaan Gas Asli , NGV




Bagaimana NGV beroperasi ?

(1) Gas asli dimampatkan dan masuk ke dalam kenderaan melalui injap masuk gas asli .
(2) Gas akan mengalir ke silinder tekanan tinggi yang terdapat dalam ataupun di bawah kenderaan .
(3) Dalam sistem bi-fuel NGV ( iaitu sistem NGV + Petrol sebagai bahan bakar ) , pemilih bahan bakar yang
terletak pada papan muka kereta membenarkan pemilihan gas asli atau petrol untuk bertindak sebagai
bahan bakar kenderaan . Operasi NGV hanya beroperasi pada gas asli.
(4) Apabila gas asli diperlukan oleh enjin ,ia meninggalkan silinder dan melalui menerusi
"master manual shut-off valve".
(5) Gas akan bergerak ke laluan minyak tekanan tinggi dan masuk ke dalam bahagian enjin .
(6) Gas masuk ke pengawal atur yang akn mengurangkan tekanan dari 3,600 psi kepada tekanan yang menghampiri
tekanan atmosfera .
(7) Injap gelung wayar elektrik gas asli ( natural gas solenoid valve ) membenarkan gas asli melalui
dari pengawal atur ke 'gas mixer' atau injector bahan bakar gas asli . ( ataupun ianya menutup
gas asli apabila enjin tidak hidup atau apabila bagi kenderaan bi-fuel , petrol dipilih )
(8) Dalam sistem bi-fuel NGV , gas asli campuran udara akan mengalir melalui karburetor petrol atau sistem
injection bahan bakar dan masuk ke ruang pembakaran enjin . NGV , gas asli diinjek ke dalam bilik
pembakaran enjin dengan pengubahan khusus pada injektor bahan bakar gas .
(9) Dalam sistem bi-fuel NGV juga apabila pemandu memilih gasolin , sistem pertukaran gasolin di aktifkan dan
dan sistem gas asli di tutup secara automatik .

Secara dasarnya , peralatan pengubah NGV akan melibatkan komponen seperti berikut :

Peralatan asas : dijamin oleh SIRIM . kebiasaannya merangkumi alat penjimat , paip besi bertekanan tinggi ,
suis bahan bakar , meter paparan , gelung wayar elektrik dan lain - lain aksesori utk prestasi yang optimum .

Silinder besi 'seamless' : diperbuat daripada bahan besi kualiti tinggi dan dihasilkan dalam kuantiti yang terhad .

Ianya seharusnya mampu menahan tekanan setinggi 200bar atau 3000 psi .

Silinder campuran : kapasiti air 65 liter , ringan , disalut dengan gelung , silinder komposit ( gabungan ) dari
China .

Harga NGV Kenderaan Gas Asli di Malaysia :

sila klik disini untuk harga pasaran NGV di Malaysia

No comments: